“Tolong henti sebar video dan gambar aksi seks saya” - Gabenor Filipina

Manila: “Jika saya melakukan kesilapan, itu kerana kelemahan saya sebagai manusia. Semoga anda faham,” kata Gabenor Camarines Norte, Edgardo Tallado semalam.


“Tolong hentikan sebar video dan gambar aksi seks saya”
“Tolong hentikan sebar video dan gambar aksi seks saya”
Tallado bercakap demikian di depan kakitangan kerajaan tempatan dan penyokongnya selepas skandal seksnya terdedah, baru-baru ini.

Kata Tallado, dia berharap musuh politiknya berhenti menyebarkan gambar dan video aksi seksnya menerusi Facebook kerana perbuatan itu tidak senonoh.


“Saya mahu memulihkan hubungan dengan keluarga dan isteri sambil meneruskan tugas sebagai gabenor,” katanya.

Skandal pada 22 Oktober lalu membuatkan isteri Tallado, Josefina, muncul di khalayak ramai selepas ‘ghaib’ hampir seminggu.

Kata Josefina, dia bersembunyi selepas mendapat ancaman daripada Tallado yang berang kerana gambar aksi curangnya tersebar di media sosial.

Menurut Josefina, Tallado menuduhnya mendalangi penyebaran gambar itu.

Disebabkan terlalu marah, Josefina berkata, Tallado mengeluarkan pistolnya, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah.

Tallado berkata, dia memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit termasuk kekasih gelapnya.

“Hari ini saya di sini berdepan dan bertentang mata dengan anda semua kerana saya yakin saya tidak menyalahgunakan wang rakyat,” katanya. - Agensi


No comments