Terkini

Tragedi pesawat Aviastar: Mayat mangsa, kotak hitam dibawa keluar

Makassar – Beberapa mayat dan kotak hitam milik pesawat Aviastar yang terhempas dibawa keluar dari kawasan Gunung Latimojong di selatan Sulawesi.


Tragedi pesawat Aviastar: Mayat mangsa, kotak hitam dibawa keluar
Tragedi pesawat Aviastar: Mayat mangsa, kotak hitam dibawa keluar
Pasukan penyelamat Indonesia yang menemui kedudukan pesawat Twin Otter itu berusaha mendapatkan kotak hitam yang mengandungi perakam data penerbangan untuk merungkai persoalan berhubung kejadian itu.


Kotak hitam itu ditemui di lokasi kejadian pada ketinggian 2,700 dari paras laut masih dalam keadaan baik dan diserahkan kepada pasukan penyiasat.

Baca: Pesawat Aviastar bawa 10 penumpang dilaporkan hilang di Sulawesi

Pesawat Aviastar yang membawa tiga anak kapal dan tujuh penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan bayi itu hilang selepas 11 minit berlepas dari Masamba menuju ke Makassar ketika cuaca baik pada Jumaat lalu.

Sumber berkata, empat mayat dibawa keluar dari lokasi nahas dengan menggunakan helikopter.

Sementara itu, jurucakap polis, Raden Harjuno berkata, pihaknya mendapatkan kerjasama 18 doktor untuk membantu proses pengecaman mayat penumpang pesawat berkenaan.

bangkai pesawat Aviastar
Pesawat ditemui dalam keadaan hancur di kawasan di Bukit Pajaja, Kampung Ulu Salu, Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.

“Kami mengambil 12 doktor dari hospital Bhayangkara dan selebihnya adalah doktor dari beberapa hospital di Makassar,” kata.

Sebelum ini ada laporan mendakwa pesawat itu tidak mengikut laluan yang ditetapkan sebelum terhempas, tetapi dinafikan Aviastar.


No comments