“Tudung adalah satu fetish” – Pandangan liberal dan terbuka wanita ini

Kalau diperhatikan zaman sekarang ini, ramai wanita di Malaysia telah ‘berhijrah’ pada usia muda. Bermula daripada seorang yang tidak bertudung kini bertudung penuh, contoh yang paling ketara kita dapat lihat adalah artis-artis wanita di Malaysia.


“Tudung adalah satu fetish” – Pandangan liberal dan terbuka wanita ini
“Tudung adalah satu fetish” – Pandangan liberal dan terbuka wanita ini 
Peringatan: Ini adalah pandangan seorang wanita bernama Alicia IzharudDin. Baca boleh, terpengaruh JANGAN.

Ia dijadikan sebagai satu perubahan positif terhadap masyarakat kita. Namun, wanita ini meluahkan pandangannya terhadap trend tersebut, dimana budaya itu disifatkan sebagai satu obsesi orang Melayu dan simbolik ketegangan sosial yang timbul daripada proses Islamisasi.

“Tudung adalah satu fetish dan satu obsesi”

Asal-usul obsesi Melayu dengan tudung
Nampaknya perempuan yang tidak memakai tudung di Malaysia sudah menjadi spesies yang terancam. Soalnya diancam oleh apa dan siapa. Bukan pemburu haram tetapi satu budaya yang mempunyai sejarah yang pendek.

Budaya ini mula menyerap ke dalam sanubari rakyat Melayu-Islam sejak akhir 1970-an. Ini merupakan zaman pembangkitan Islam yang mendapat ilham daripada revolusi Islamik di Iran yang berjaya menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlavi yang sekular dan didukung oleh Amerika Syarikat.

Pada zaman yang sama, Malaysia pesat membangun daripada negara dunia ketiga ke negara dunia ke … tidak mengapalah. Proses modenisasi ini mendahulukan kepentingan bangsa Melayu dari kawasan perkampungan supaya ramai berpindah ke kota untuk meneruskan pendidikan dan merebut peluang pekerjaan.


Wanita Melayu terutamanya mendapat manfaat terbesar daripada proses modenasasi pada waktu ini. Pada pertama kali, ramai wanita Melayu muda dan belum berkahwin dari perkampungan diberi peluang bekerja, sambung belajar, dan menetap di kawasan bandar di luar kawalan ibubapa.

Namun, kebebasan wanita Melayu khususnya kebebesan ‘minah karan’ yang berkhidmat di kilang alat elektronik di pinggiran bandar dipandang serong. Agen-agen dakwah yang berhaluan PAS dan ABIM pada 1980-an muncul sebagai ‘penyelamat’ Melayu wanita yang dipercayai terhanyut oleh arus deras modenisasi.

Bilangan perempuan Melayu yang memakai tudung meningkat sejak tahun 1980-an dan terus meloncat hingga wanita yang tidak memakai tudung – seperti saya – hanya tinggal segelintir sahaja. Golongan minoriti ini akan terus ditegur, dihina, dan ditindas sehingga setiap helai rambut diselubungi tudung.

Boleh dikatakan proses Islamisasi di Malaysia sangat obses dengan cara pemakaian dan perlakuan wanita Melayu. Seiringan itu, pengaturan gaya hidup seharian wanita Melayu menjadi modus operandi bangsa yang begitu asyik memelihara identiti Melayu-Islam yang pantang dicabar di negara ini.

Bagi saya, tudung melambangkan hasil daripada ketegangan sosial yang timbul daripada proses Islamisasi. Jadi, mengapa pula saya tidak memakai tudung? Pendirian saya yang feminis menolak perbezaan sosial antara lelaki dan perempuan. Ini termasuklah definisi yang membezakan antara aurat lelaki dan perempuan. Apa yang sebenarnya membezakan perempuan dengan laki-laki hingga sehelai rambut seorang perempuan perlu disembunyikan?

Bagi saya, tudung melambangkan hasil daripada ketegangan sosial yang timbul daripada proses Islamisasi dan corak pembangunan ekonomi yang mementingkan bangsa Melayu sejak 1970-an. Ketegangan ini masih berterusan dan boleh dilihat melalui tekanan atas wanita Melayu untuk bertudung.

Tudung adalah satu fetish – sebuah objek yang ditumpukan hasrat dan obsesi sekalian umat dan bangsa Melayu. Evolusi tudung daripada lambang pembangkitan Islam kepada simbol konsumer dan individualisme adalah hasil daripada modenisasi dan perkembangan bangsa Melayu kelas menengah (middle class) yang hegemonik dalam masyarakat Malaysia. Tudung juga boleh menjadi kapitalis dan neoliberal. Islam Melayu juga kapitalis dan neoliberal.

Saya faham rambut wanita Muslim hanyalah simbolik sahaja dan mempunyai maksud yang lebih tersirat. Ia melambangkan perbezaan yang mengasingkan lelaki daripada perempuan di ruang domestik dan awam. Tudung adalah satu fetish – sebuah objek yang ditumpukan hasrat dan obsesi sekalian umat dan bangsa Melayu.

Kini, identiti perempuan Melayu begitu sinonim dengan tudung. Tudung itu perempuan Melayu. Sebarang percubaan untuk mengasingkan tudung daripada identiti perempuan Melayu boleh mendatangkan krisis eksistensialis yang sering muncul dalam laman media sosial seperti Instagram, Facebook, dan Twitter. Setiap wanita Muslim yang “berjaya” memakai tudung. Maka, kepupusan wanita Melayu yang tidak bertudung adalah kejayaan umat Melayu Islam.


No comments