Terkini


“Umie, ada ke ade tak orang nak bagi baju sekolah terpakai? Saya nak”

Di kala kanak-kanak sebaya dengannya masih bergembira dengan dunia kanak-kanak mereka, tidak bagi seorang gadis kecil berumur 9 tahun ini di mana pada umur sebegitu muda dia telah mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya.


“Ade Tak Orang Nak Bagi Baju Sekolah Terpakai?.. Saya Nak” - kata gadis kecil ini.
Cerita mengenai kanak-kanak ini telah dimuatnaik oleh seorang guru di Madrasah Darul Tahfiz, Sri Al Ain, Sungai Buloh, bernama Rusnah Abu Samah di mana dia mendekati gadis ini.

Menurut beliau, gadis ini adalah anak istimewa di mana anak sulung dari 5 orang adik beradik ini yang umur mereka 8 tahun, 6 tahun, 5 tahun dan bongsu berumur 6 bulan adalah seorang anak yang bertanggungjawab menguruskan keluarga.


"Ayahnya seorang pencari kayu Gaharu yang selalu masuk ke hutan manakala ibunya pula tidak tahu kerja apa (tidak dapat dinyatakan kerja apa) di mana apabila balik sekolah dialah 'ibu; yang bertanggungjawab keatas semua adik beradiknya."

"Kalau cikgu bagi buku bawa balik rumah, buku akan hilang atau kalau paksa bawa semula bukunya dan macam belacan, dia tidak pernah mengulang kaji di rumah tapi dia adalah seorang budak yang bijak," ceritanya.

Madrasah Darul Tahfiz, Sri Al Ain, Sungai Buloh
Madrasah Darul Tahfiz, Sri Al Ain, Sungai Buloh

Beliau juga bercerita, gadis ini, kalau beras habis untuk dimasak dia akan keluar mencari dan memasak untuk adik-adiknya.

Pakaiaannya jarang berbasuh dan pagi tadi tengok bajunya koyak sedangkan esok hendak melawat ke zoo.

"Umie ada ke orang bagi Umie baju sekolah dah terpakai? boleh ke kalau saya nak," tanya gadis ini kepada beliau yang membahasakan panggilan Umie dengan semua anak-anak didiknya. Kredit: Siakapkeli


No comments