Video: Aksi lelaki melindungi keretanya dari terkena hujan batu jadi viral

Aksi seorang lelaki melindungi keretanya dari terkena hujan batu jadi viral. Kerana kasih sayang yang mendalam kepada keretanya, seorang lelaki di Rusia sanggup menggunakan tubuh badannya sebagai perisai untuk melindungi kenderaan itu dari 'terluka' atau kemek ketika dihujani hujan batu.


Aksi lelaki melindungi keretanya dari terkena hujan batu jadi viral
Aksi lelaki melindungi keretanya dari terkena hujan batu jadi viral
Aksi pelik itu dirakam menerusi satu rakaman video yang kemudian viral di media sosial.

Video itu memaparkan lelaki berkenaan menggunakan seluruh anggota badan untuk mengelakkan kereta kesayangannya itu dari terkena hujan batu. Dari pandangan atas, dia kelihatan seolah-olah sedang belajar berenang di atas keretanya.


Walaupun usaha lelaki itu tampak seperti sia-sia, ketakutan terhadap kesan hujan batu ke atas kereta ada betulnya.

Pada bulan Jun 2012 hujan batu saiz bola golf menghujani bahagian timur Midlands, menyebabkan kerosakan yang teruk kepada kereta dan rumah.



No comments