Video: Bapa Akan Dakwa Guru Tarik Telinga Anak Sampai Berdarah

Seorang bapa bernama Dato Sri Darussalam telah memuatnaik sebuah video di laman Facebook miliknya menunjukkan anaknya sedang menerima rawatan selepas telinganya berdarah kerana ditarik oleh seorang guru di sekolah.


Guru Tarik Telinga Anak Sampai Berdarah
Bapa Akan Dakwa Guru Tarik Telinga Anak Sampai Berdarah
Menurut lelaki berkenaan, anaknya yang berusia 7 tahun itu bersekolah di sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Cina di, Johor Bahru telah didenda menyebabkan telinganya ditarik di mana telah membuatkan belakang telinga anaknya cedera sampai berdarah.

Selain video, beliau juga bertindak memuatnaik gambar-gambar anak perempuannya itu untuk membuktikan kesahihan ceritanya.


Berikut adalah video yang dimuatnaik olehnya, menunjukkan anak beliau sedang menjerit ketika lukanya sedang dirawat oleh doktor manakala si ibu dilihat merakam proses rawatan berkenaan sambil menenangkan anak mereka.




Mereka dikatakan telah meminta jawapan daripada pihak sekolah malah menyelar tindakan berkenaan kerana iai bukanlah cara yang betul mendidik murid-murid disekolah sehingga mendatangkan kecederaan.


Apapun terjadi, jika apa yang didakwa ini benar, sesuatu tindakan perlu diambil dengan segera. Kredit: Siakapkeli.my


No comments