Terkini

Video: Bayi Dikasari Oleh Seorang Wanita Dipercayai Pengasuh Tersebar

KUALA TERENGGANU - Video seorang bayi dikasari oleh seorang wanita yang dipercayai pengasuhnya tersebar di media sosial.


Video: Bayi Dikasari Oleh Seorang Wanita Dipercayai Pengasuh Tersebar
Video berdurasi 43 saat itu dilaporkan berlaku di Taska Melily, Jalan Bukit Kecik, Kuala Terengganu dimuat naik di laman sosial 7 jam yang lalu.


"Kesian anak kecil ini. Saya terima dari WhatsApp group. Anak kecil ini kena pukul. Orang yang merakam video ini tidak berani membuat laporan polis. Mohon sebarkan video ini agar ibu bapa mangsa mengetahui apa yang terjadi pada anak mereka. Mohon pihak berkenaan ambil berat tentang kes ini," kata Qusbix.

Dalam video tersebut pengasuh itu menampar muka mangsa beberapa kali selain dari mencubit lengan mangsa yang tidak berhenti menangis. Wajah bayi itu juga turut ditutup dengan kain kerana berang dengan tangisannya itu.

Tindakan wanita itu hanya diperhatikan oleh seorang wanita yang juga dipercayai kakitangan taska berkenaan.

Video: Pengasuh Tampar dan Kasari Bayi Tersebar
Video: Pengasuh Tampar dan Kasari Bayi Tersebar... Video seorang bayi dikasari oleh seorang wanita yang dipercayai pengasuhnya tersebar di media sosial.
Posted by Oh Dunia on Thursday, October 22, 2015

Ekoran itu, netizen meminta pihak polis menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pengasuh terbabit. Kredit: TheHypeMedia


No comments