VIDEO: Gempar seketika apabila Beg Pakaian disangka Bom di KLCC

KUALA LUMPUR: Gara-gara penemuan tiga bungkusan beg yang yang disangka mengandungi bom di KLCC membuatkan pengunjung pusat membeli belah berkenaan gempar tengah hari tadi.


Kelam Kabut Apabila Beg Pakaian Disangka Bom Di KLCC
Gempar seketika apabila Beg Pakaian disangka Bom di KLCC
Beg berkenaan yang ditemui di bahagian tepi bagunan antara pintu masuk utama Suria KLCC dan pintu masuk Menara 2 KLCC membuatkan orang ramai cemas.


Susulan itu, polis dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) bergegas ke lokasi sejurus dimaklumkan mengenai perkara itu.


Anggota Unit Pemunah Bom (UPB) lengkap berpakaian kalis letupan dilihat telah memeriksa beg berkenaan dengan melakukan prosedur membabit tekanan bunyi kuat seperti letupan sebelum beredar keluar dari kawasan itu dengan membawa beg berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Keramat dan Unit HAZMAT turut dipanggil pada jam 12.35 tengahari tadi untuk membantu memantau keadaan.

Polis membawa dua bungkusan yang mengandungi beg sandang yang didakwa sebagai 'bom'

Polis membawa dua bungkusan yang mengandungi beg sandang yang didakwa sebagai 'bom'

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, sebentar tadi mengesahkan objek yang ditemui itu adalah hanya tiga beg berisi pakaian. - Sumber: SiakapKeli

Pakar bom berjaya letupkan 2 bijik bom yang diletak di suria klcc sebentar tadi.

Posted by MuahSetapak.com on Saturday, October 31, 2015


No comments