Terkini

Video: Mat salleh bertegang urat dengan warga tempatan di Lebuh raya

Video: Mat salleh bertegang urat dengan warga tempatan di Lebuh raya. Laman Facebook Friends of BN telah mengongsikan satu video kes buli jalan raya yang didakwa berlaku di Lebuh raya Seremban-KL semalam 25 Oktober 2015.


Kes buli jalan raya di Lebuh raya Seremban semalam 25 Okt 2015
Seorang warga asing (Mat Salleh) kelihatan bertegang urat dengan seorang pemandu kereta warga tempatan. Cermin depan kereta warga tempatan kelihatan pecah. Punca kejadian masih belum diketahui.



Kemaskini:
Satu rakaman menunjukkan pertengkaran membabitkan seorang warga asing dengan pemandu Myvi warga tempatan tersebar di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, pada Ahad (semalam).

Kes buli jalan raya di Lebuhraya Seremban semalam 25 Oktober 2015Dikhabarkan berlaku lebih daripada salah faham. Mohon pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) siasat kedua-dua belah pihak dan ambil tindakan. Jangan jadikan kekerasan dan keganasa sebagai penyelesai masalah.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam laman sosial Friends of BN- Barisan Nasional, warga asing terbabit ‘naik angin’ apabila wanita yang duduk bersebelahan pemandu di dalam kereta berkenaan didakwa menunjukkan isyarat lucah padanya.

Menerusi percakapan pada visual yang dirakam wanita berkenaan, warga asing itu turut menyatakan dia telah memberi isyarat untuk menukar lorong.


Bagaimanapun, ia tidak diendahkan oleh lelaki yang memandu kereta terbabit sehingga menyebabkan mereka hampir bergesel.

Malah, menambahkan lagi kemarahan warga asing itu apabila penumpang wanita itu dikatakan terlebih dahulu menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari.

Akibatnya, berlaku pertengkaran antara pemandu kereta terbabit sebelum warga asing itu bertindak memecahkan cermin kereta lelaki itu.

“Saya menunggang motosikal dan awak begitu hampir melanggar saya, saya beri laluan guna isyarat lampu tapi awak balas dengan isyarat lucah?

“Perkara ini tidak akan berlaku jika dia (wanita terbabit) tidak menunjukkan isyarat lucah kepada saya,” kata warga asing itu dalam nada tinggi lapor FMT.

Saksikan video di bawah:


Kes buli jalan raya di Lebuhraya Seremban semalam 25 Oktober 2015Dikhabarkan berlaku lebih daripada salah faham. Mohon pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) siasat kedua-dua belah pihak dan ambil tindakan. Jangan jadikan kekerasan dan keganasa sebagai penyelesai masalah.
Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Sunday, October 25, 2015


No comments