Terkini

Video: Luahan Abang Nizam Kes culik Kajang, saya tak kesal membantu

Suasana pilu menyelubungi kamar mahkamah apabila dua keluarga yang menjadi mangsa keadaan dalam kes penculikan seorang kanak-kanak di sini bertemu buat kali pertama bagi melihat sendiri pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi dibebaskan dari reman.


Hanizan Mohamed Radzi
Luahan Abang Nizam - Kes culik Kajang, saya tak kesal membantu
Baca juga: Penculikan di Kajang: “Tolong bersihkan nama saya” - Pemandu Teksi

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pemandu teksi berusia 41 tahun itu dibebaskan kerana siasatan polis mendapati, dia tiada kaitan dengan kes berkenaan.


“Setakat ini kita (polis) tidak menemui kaitan pemandu teksi itu dengan kes penculikan kanak-kanak tersebut,” lapor Astro AWANI.

Baca: Kes culik budak di Kajang, 3 suspek didakwa pemandu teksi dibebaskan

Menurut Adnan, pemandu teksi itu dibebaskan dengan jaminan polis mengikut Seksyen 49 Kanun Tatacara Jenayah.

Ikuti video luahan pemandu teksi ini:



No comments