Terkini

Video: Padah Tak Tutup Enjin, Kereta Terbakar Sewaktu Isi Minyak

Kerana kedegilan dan tidak mematuhi cara sebenar pengisian minyak, seorang pengguna berhadapan kebakaran kecil di stesen minyak Petronas Green Lane, Pulau Pinang.


Video: Padah Tak Tutup Enjin, Kereta Terbakar Sewaktu Isi Minyak
Video: Padah Tak Tutup Enjin, Kereta Terbakar Sewaktu Isi Minyak
Menerusi rakaman CCTV stesyen minyak berkenaan, dapat dilihat pemandu terbabit tidak mematikan enjin keretanya sewaktu mengisi minyak dan beberapa aspek keselamatan lain seperti pintu kenderaan tidak ditutup rapat juga tidak dipatuhi.


Buat pengetahuan anda, cas elektrostatik yang masih ada di badan kereta tidak sepenuhnya dinyahbumikan disebabkan enjin kenderaan masih mengalirkan cas elektrik.

Ini seterusnya boleh menghasilkan percikan api akibat geseran udara dan ion elektrik statik di badan kereta serta melalui rakaman juga, dapat dilihat anak kepada pemandu tersebut menggunakan telefon bimbit sewaktu berada di dalam kereta.

Keadaan pintu kenderaan yang terbuka dan tertutup juga membuatkan lagi isyarat signal yang terpancar daripada telefon bimbit anak mangsa yang berhampiran dengan tangki minyak sedikit sebanyak merupakan faktor kepada percikan api terhasil.

Apa-apa pun, mujurlah mangsa dan keluarganya sempat mengelak daripada kejadian yang tidak dingin itu menjadi buruk.



Kereta terbakar tak tutup enjin oleh mynewshub

No comments