Terkini

Video: Patutkah begini? Pekerja asing dimarah dan dipukul jadi viral

Sebuah video menujukkan seorang lelaki yang dipercayai pekerja warga asing dimarah dan dipukul akibat enggan mematuhi peraturan keselamatan menjadi viral di laman sosial.


Patutkah begini? Pekerja asing dimarah dan dipukul jadi viral
Patutkah begini? Pekerja asing dimarah dan dipukul jadi viral
Rakaman 0:18 saat yang dimuatnaik di media sosial dan disiarkan Suara.TV menunjukkan lelaki tersebut dilihat sedang dimarahi dipercayai penyelia kepadanya.

“Ini topi dan baju (kena) pakai, awak nampak apa itu (sambil menunding jarinya ke arah belakang lelaki tersebut).


“Sekarang dah pukul berapa? Ini tempat kerja, awak faham tak?” soal lelaki tersebut sambil melempang pekerja tersebut.

Pekerja warga asing itu segera meminta maaf atas kesalahan yang dilakukannya.


“Maaf, maaf” ujarnya berulang kali.

Namun tidak dapat dipastikan bila dan di mana kejadian tersebut berlaku.

Ada yang tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut, namun ada memuji ketegasan yang ditunjukkannya.


No comments