Terkini

Video: Perempuan muda tertangkap ketika mencuri di rumah pengantin

Seorang perempuan muda berusia 25 tahun dan mempunyai seorang anak kecik perempuan yang berusia tiga bulan, kantoi selepas dia kena cekup dengan mak sedara pengantin lelaki selepas ‘rembat’ barang berharga dari rumah kenduri.


Perempuan muda tertangkap ketika mencuri di rumah kenduri
Perempuan muda tertangkap ketika mencuri di rumah kenduri
Difahamkan, kejadian tu berlaku di sebuah majlis kahwin di Kampung Selabak, Perak. Perempuan tu dikatakan berkelakuan mencurigakan masa dalam rumah pengantin sehingga menimbulkan syak pada keluarga tuan rumah.

Menurut mak sedara pengantin, Rohana Osma, dia dah syak perempuan tu selepas dok tengok perempuan tu merayau-rayau dalam rumah dalam keadaan mencurigakan.


“Kemudian saya lihat dia naik ke atas dan tiba-tiba turun dengan tergesa-gesa dan menuju ke pintu utama untuk keluar dari rumah.

“Saya kemudian mengejar wanita itu dan menarik beg tangannya ketika dia ingin melangkah keluar rumah. Alangkah terkejutnya saya bila lihat zip begnya terbuka dan ada beg kulit berwarna hitam milik saya di dalamnya,” kata Rohana.

Selepas selongkar beg perempuan tu lagi, bukan takat jumpa dompet milik Rohana tu aje. Ada lagi yang jadi mangsa, ada satu lagi dompet yang berisi RM500 hinggit. Milik Rohana tu dikatakan ada RM 800 hinggit..

Amboi pencuri ni melampau betul, kalau terlepas tu mau sakan dia berjoli. Dalam satu hari tu dia dapat seribu lebih atas usaha terkutuk tu!

Difahamkan juga, perempuan yang berasal dari Seberang Perak mengaku dah lama buat kerja cenggini setiap kali pi kenduri kawen.


Kantoi Mencuri
Wanita yang mempunyai anak berusia 3 bulan ini kantoi mencuri di majlis perkahwinan orang. Berita selanjutnya di http://goo.gl/br9ZRr
Posted by My Media Hub on Tuesday, October 13, 2015

Kena tangkap tu mula la berdrama merayu bagai kata tanak buat lagi lepas ni. Eleh, bukan boleh caya orang cenggini, dah berapa kali dia buat tu memang susah nak insaf sebab dah terbiasa.

Perempuan tu diserah kepada anggota Rela yang bertugas ketika itu sebelum diserah kepada polis.


No comments