Video: Pesawat Airbus bergesel dengan pagar keselamatan ketika mendarat

Sebuah video yang menunjukkan sebuah pesawat jenis Airbus 340 milik Iberia Airlines yang terbang begitu rendah ketika hendak membuat pendaratan telah menjadi viral di laman sosial.


Pesawat Airbus bergesel dengan pagar keselamatan ketika mendarat
Pesawat Airbus bergesel dengan pagar keselamatan ketika mendarat
Menurut laporan agensi berita CCTV News, pesawat berkenaan membuat pendarata sedikit awal menyebabkan pemandu di jalan raya yang berada dihujung landasan terkejut apabila ia turut menggesel pagar keselamatan lapangan terbang.

Saksi mandakwan pesawat berkenaan berada begitu rendah berbanding pesawat lain di mana mereka dapat melihat jelas bahagian bawah perutnya, manakala penduduk behampiran mendakwa kediaman mereka bergegar kuat berikutan kejadian ini.

Kejadian tersebut berlaku selepas pesawat Iberia itu yang tiba dari Madrid terpaksa mengubah kaedah mendarat disebabkan tiupan angin ketika mahu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria, Ahad lalu.


Seorang pemilik restoran yang memnpunyai premis berhampiran lapangan terbang, Francisco Portillo berkata: “Memang kejadian itu pelik. Ketika itu restoran saya dipenuhi pelanggan.

“Rata-rata kami di sini sudah biasa melihat pesawat dari jarak yang agak dekat, namun kali ini memang kapal terbang itu terlalu rendah menyebabkan semua orang terkejut.”

Bagaimanapun pihak berkuasa lapangan terbang berkata pendaratan itu terkawal kerana iai adalah satu kejadian biasa.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica Rolando Richmond berkata: “Tiada altitud khusus perlu dipatuhi juruterbang ketika melintasi pagar lapangan terbang itu.

“Mereka cuma perlu memastikan sempat mengaktifkan tayar dan berjaya mendarat di kawasan sepatutnya,” katanya. - CCTVNEWS24/7



Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments