Video: Sekali lagi gadis Kelantan bergaduh, Kali ini ber'wrestling' pulak

SATU lagi video yang memaparkan aksi pergaduhan melibatkan ‘gadis Kelantan’ kini menjadi viral menerusi media sosial. Menerusi video berdurasi 1 minit 11 saat, kedua-dua wanita yang dipercayai di dalam lingkungan 20-an itu seakan-akan bergaduh sengit di dalam sebuah perlawanan gusti.


Video: Sekali lagi gadis Kelantan bergaduh, Kali ini ber'wrestling' pulak
Video: Sekali lagi gadis Kelantan bergaduh, Kali ini ber'wrestling' pulak
Sorakan penonton di sekelilingnya yang menyorak “bengong natang nok sangat,haa pukoi haa, buh lagi buh lagi (beri/balas lagi), haa mu nok kan,” juga jelas kedengaran.


Dilihat gadis yang sedikit gempal berjaya memberi asakan hebat membuatkan gadis yang berbadan ramping dibelasah sehingga bertubi-tubi.
Namun tidak beberapa lama kemudian, muncul seorang ‘pengadil’ perlawan yang bertindak seperti mengumumkan perlawan sudah tamat dan kemenangan nampaknya memihak kepada gadis yang sedikit berisi.

Kami masih tidak mendapat maklumat apakah punca sebenar pergaduhan tetapi daripada gaya pertuturan dialek Kelantan mereka, boleh disimpulkan yang mana pergaduhan adalah disebabkan kerana ‘merebut’ lelaki.

Agak sedih sebenarnya melihat kelakuan-kelakuan wanita yang seperti gangstersebegini.

Lagi menyedihkan apabila melihat reaksi manusia di sekelilingnya yang menyorak keseronokkan ditambah pula kerlibat beberapa sotong yang diantaranya berbaju merah seperti di dalam visual.


Sebagai lelaki, anda sepatutnya menghentikan perbuatan mereka dan bukannya menjadi ‘cameraman‘ kepada mereka.

Nate beruk sungguh ‘sotong-sotong’ ni…

Sebelum ini juga, sebuah video yang turut memaparkan ‘gadis Kelantan’ membelasah seorang wanita telah pun menjadi viral dan dua suspek pergaduhan dilaporkan telah ditahan reman. – Mynewshub.cc


No comments