Video: Seorang gadis dibelasah teruk dua perempuan di Bachok Kelantan

Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang gadis dibelasah teruk oleh dua perempuan kini menjadi viral di laman sosial.


Seorang gadis dibelasah teruk dua perempuan di Bachok Kelantan
Seorang gadis dibelasah teruk dua perempuan di Bachok Kelantan
Kejadian dikatakan berlaku di Bachok, Kelantan berdasarkan slang percakapan mereka yang merakam dan melihat kejadian tersebut.

Menerusi video, mangsa dilihat tidak mampu melindungi dirinya apabila kedua-dua wanita terbabit mula menyepak dan memukul mangsa bertalu-talu.

Perempuan bergaduh di Kelantan

Dikatakan, punca kejadian disebabkan mangsa yang merupakan peniaga online (dalam talian) telah menipu kedua pelanggan ini, seterusnya menyebabkan dia ditangkap dan dipukul.


Salah seorang pelaku wanita dapat didengar berkata, “Mano barang mu? Mano barang muu?”.

Lebih menyedihkan, seorang lelaki yang dilihat di dalam video ini hanya menjadi penonton dan sanggup membiarkan mangsa diperlakukan kejam depan matanya, menurut sumber Mynewshub.



No comments