Video: Wanita Taiwan terberanak 8 minggu awal ketika dalam penerbangan

SEBUAH pesawat China Airlines yang dalam perjalanan dari Bali ke Los Angeles terpaksa membuat pendaratan cemas di Alaska apabila seorang wanita dilaporkan melahirkan anak dalam penerbangan, baru-baru ini.


Wanita Taiwan terberanak 8 minggu awal ketika dalam penerbangan
Wanita Taiwan terberanak 8 minggu awal ketika dalam penerbangan
Wanita yang merupakan penumpang warga Taiwan itu dikatakan pecah air ketuban enam jam selepas berlepas dan melahirkan bayi perempuan lebih lapan minggu awal daripada jangkaan.

Difahamkan, kejadian itu dibantu oleh seorang doktor, Angelica Zen yang kebetulan menaiki penerbangan berkenaan dan melahirkan bayi itu 30,000 kaki di udara.


Berikutan itu, juruterbang telah memaklumkan syarikat penerbangan dan meminta izin mendarat kecemasan di Lapangan Terbang Ted Stevens Anchorage di Alaska.

Bayi itu lahir 30 minit sebelum mendarat sambil diiringi tepukan gemuruh penumpang lain sebaik mendengar tangisan pertama bayi berkenaan. “Ini pengalaman adalah seumur hidup. Tidak semua pelancong ini mengalami kejadian seperti ini,” kata seorang penumpang.

Sebaik mendarat, bayi dan ibunya yang terbang berseorangan itu dibawa ke hospital tempatan untuk pemeriksaan.

Kedua-duanya dilaporkan sihat. Manakala, penerbangan yang sepatutnya memakan masa 19 jam itu telah mengalami tiga jam lewat setibanya mendarat di Los Angeles.


Memetik laporan China Post, Pentadbiran Aeronautik Awam mengesahkan kerakyatan bayi itu adalah berdasarkan sijil beranak dikeluarkan hospital di Anchorage kerana dia dilahirkan di dalam ruang udara Amerika Syarikat. – Agensi


No comments