Terkini

Viral kejadian kanak-kanak dirogol ditemui mati tidak berlaku di Sabah

Viral kejadian kanak-kanak dirogol ditemui mati tidak berlaku di Sabah. Tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menyiarkan berita palsu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


kanak-kanak dirogol ditemui mati
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata insiden itu sebenarnya berlaku di Jakarta, Indonesia
Polis Kota Kinabalu pada Isnin menafikan insiden melibatkan seorang kanak-kanak yang dilaporkan mangsa rogol ditemui mati dalam kotak biskut, seperti yang tersebar luas menerusi aplikasi Whatsapp, berlaku di negeri ini.


Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata insiden itu sebenarnya berlaku di Jakarta, Indonesia dan bukan seperti yang disebarkan dalam media sosial tersebut.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebar dan menyiarkan maklumat yang salah kepada orang ramai kerana ini akan mendatangkan kegusaran awam,” katanya dalam satu kenyataan disini Isnin.

Viral kejadian kanak-kanak dirogol ditemui mati
Viral kejadian kanak-kanak dirogol ditemui mati
Chandra berkata tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menyiarkan berita palsu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


No comments