Terkini

Viral palsu tentang kesihatan Agong, Istana Negara buat laporan Polis

Polis menerima satu laporan daripada Istana Negara berhubung penyebaran maklumat palsu berkaitan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang menjadi viral di media sosial.


Viral palsu tentang kesihatan Agong, Istana Negara buat laporan Polis
Viral palsu tentang kesihatan Agong, Istana Negara buat laporan Polis
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, laporan berkenaan diterima daripada pihak keselamatan Istana Negara, pada 1.10 pagi Sabtu.


“Kita akan serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia” katanya.

Selain maklumat palsu mengenai kesihatan baginda, pihak polis turut menyiasat penyebaran dua gambar yang memaparkan hadapan bangunan Sayap Diraja Istana Negara yang menunjukkan susunan kenderaan milik Istana Negara serta ambulans.


No comments