Terkini

Gadis cerita detik cemas cuba dirogol, Lepaskan diri guna Taekwando

Seorang gadis berumur 19 tahun yang dikenali sebagai Adilah menceritakan detik cemasnya selepas telah dibawa lari oleh seorang lelaki ketika pulang daripada kerja sebelum cuba dirogol di dalam sebuah kebun getah di Kuala Nerang.


Wanita cerita detik cemas cuba dirogol, Lepaskan diri guna Taekwando
Menurutnya, ketika pulang dari bekerja hujan tiba-tiba turun menyebabkan dia mengamblik keputusan untuk berhenti berteduh di sebuah pondok bas sebelum seorang pemuda yang menunggang motosikal Modenas Kriss turut berhenti di situ.


“Semasa pemuda itu singgah dia bertanya kepada saya hendak ke mana dan saya memaklumkan untuk balik ke rumah di Kuala Nerang.

"Pemuda itu mengajak saya untuk pergi bersama kerana kebetulan dia juga mahu pulang ke Kuala Nerang," katanya.

Dia yang bersetuju dengan cadangan itu terus menunggang motosikal di hadapan lelaki berkenaan.

Namun apabila sampai di selekoh simpang ke Kampung Bukit Tembaga tiba-tiba pemuda itu telah memotong serta menghalang motosikalnya.

"Saya terkejut dengan tindakan pemuda itu, dia kemudian terus berhenti motosikalnya di tepi jalan dan bertindak melompat naik di hadapan saya sebelum membawa saya ke sebuah ladang getah di sebuah kampung."

"Saya tidak dapat melakukan apa-apa dan takut untuk melompat hinggalah pemuda itu membawa saya masuk ke ladang getah di kampung."

“Pemuda itu telah membawa saya kira-kira dua kilometer jauh dari jalan utama lalu cuba memeluk dan merogol saya.

"Saya meronta-ronta beberapa kali dan menggunakan teknik taekwando yang dipelajari di sekolah dahulu dengan menyiku kedua belah tangan ke perutnya hingga terlepas dari pelukan itu."

“Saya hanya berlari ikut kata hati sambil menjerit kerana ketika itu keadaan sangat gelap selepas berjaya melarikan diri daripada lelaki yang cuba merogol saya,” ceritanya.

Dalam kejadian tersebut dia dikatakan mengalami kerugian kira-kira RM600 apabila wang tunai, telefon bimbit dan dokumen peribadinya dilarikan suspek. - myMetro


No comments