Terkini

Wanita Rentung, Kereta Dipandu Terbabas dan Terbakar di Pasir Puteh

Pasir Puteh – Wanita berusia 30-an ditemui rentung selepas kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Kilometer 5, Jalan Pasir Puteh-Jelor-Bachok dekat Kampung Jelor Hulu, di sini pagi tadi.


Wanita Rentung, Kereta Dipandu Terbabas dan Terbakar di Pasir Puteh
Wanita Rentung, Kereta Dipandu Terbabas dan Terbakar di Pasir Puteh
Dalam kejadian pada pukul 6 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Ayuaida Alias, 36, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta yang dipandunya berseorangan terbabas dan terjunam ke dalam parit.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dikatakan terbabas ketika cuba mengelak dahan pokok yang tumbang selepas hujan ribut yang berlaku kira-kira pukul 2 pagi kelmarin.


Mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba

Katanya, jarak dahan yang menghalang laluan dengan kereta yang terbabas kira-kira 100 meter.


"Mangsa yang datang dari arah Pasir Puteh menghala ke Jelawat, Bachok dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke dalam parit tersebut.

"Mangsa yang berasal dari Bachok itu kemudian gagal menyelamatkan diri akibat terperangkap dan tersepit di dalam kereta remuk dan terbakar berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. K! ONLINE


No comments