Zamani Buat Laporan Polis selepas 'Melarikan Diri' dari Rumah Pengasih

Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di Muar awal pagi semalam berhubung laporan kehilangannya dari Pusat Pengasih di Kuala Lumpur.


Zamani Buat Laporan Polis selepas 'Melarikan Diri' dari Rumah Pengasih
Zamani Buat Laporan Polis selepas 'Melarikan Diri' dari Rumah Pengasih
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisen Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam.

Baca: Zamani Slam Lari Dari Rumah Pengasih - Gambar Rakaman CCTV

"Zamani sendiri datang membuat laporan polis di IPD Muar pada jam 3.45 pagi semalam," katanya ketika dihubungi di Muar, malam ini.


Difahamkan Zamani menafikan beliau melarikan diri atau diculik dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya sendiri.

Semalam, akhbar tempatan melaporkan Zamani melarikan diri dari Rumah Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada jam 10.26 malam Khamis lalu dengan menaiki kereta berwarna putih.

Tindakannya itu dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan dan pengurusan pusat itu membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik. – Bernama, 17 Oktober, 2015.


No comments