Terkini

Abang dan Kakak ‘SADO’ Jadi Mangsa Penipuan di Pusat Gym

Kuala Lumpur: Sekumpulan abang dan kakak ‘sado’ menjadi mangsa penipuan membabitkan jumlah lebih RM50,000 apabila sebuah pusat gimnasium yang disertai mereka ditutup mendadak tanpa notis.


Abang dan Kakak ‘SADO’ Jadi Mangsa Penipuan di Pusat Gym
Abang dan Kakak ‘SADO’ Jadi Mangsa Penipuan di Pusat Gym
Difahamkan semua mangsa sudah membuat bayaran yuran keahlian antara RM1,000 dan RM2,000 bagi membolehkan mereka menggunakan alatan sukan di pusat terletak di Jalan Kerinchi, Bangsar, di sini.


Mangsa yang dijanjikan menikmati perkhidmatan kecergasan dan nasihat senaman sebalik terkejut apabila mendapati pemilik gimnasium itu menghilangkan diri tanpa sebab.

Salah seorang mangsa, Noor Zarina Nordin, 40, berkata, dia membuat bayaran yuran keahlian berjumlah hampir RM2,000 untuk mengikuti kursus kecergasan selama 24 bulan.


Menurutnya, dia bagaimanapun pelik apabila pusat gimnasium itu ditutup secara mengejut Jumaat lalu. myMetro


No comments