Terkini

Ada Bilik Wuduk VVIP di Masjid Negara!!.. Ini Penjelasan Imam Besar

Bilik Wuduk VVIP di Masjid Negara bertujuan memudahkan tetamu-tetamu kerajaan yang menghadiri program kebangsaan mengambil wuduk kerana ia terletak bersebelahan Bilik Menunggu VVIP.


Imam Besar Masjid Negara menjelaskan keperluan bilik wuduk VVIP di Masjid Negara
Imam Besar Masjid Negara menjelaskan keperluan bilik wuduk VVIP di Masjid Negara
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Ismail Muhammad berkata, kemudahan khas itu mengambil kira prosedur dan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Beliau membuat penjelasan itu susulan gambar Bilik Wuduk VVIP di Negara Negara menjadi viral di laman sosial dan mendapat pelbagai reaksi umat Islam.

Katanya, gambar yang diviralkan itu seolah-olah Bilik Wuduk VVIP terlalu eksklusif dengan tanda signage yang besar sedangkan gambar yang diambil itu tidak menggambarkan gambar Bilik Wuduk VVIP yang sebenarnya.

“Masjid Negara mengamalkan polisi bersifat terbuka dan bersedia untuk menerima komen, pandangan dan teguran daripada sesiapa sahaja termasuk orang awam demi kebaikan dan penambahbaikan.

“Namun begitu Masjid Negara juga berpandangan bahawa setiap teguran dan kritikan perlulah disalurkan dengan cara dan wasilah yang sesuai bukanlah berbentuk provokasi lebih-lebih lagi yang mempunyai niat dan agenda tertentu. Atas sebab itu Islam mengajar kita setiap teguran ada adab dan tatacaranya,” katanya menerusi kenyataan media.


Ismail berkata, teguran adalah kewajiban di atas dasar “amar maaruf nahi munkar” namun ia perlu dilakukan dengan konsep teguran adalah dengan niat dan tujuan baik dam dilakukan dengan hikmah tidak sampai menyinggung perasaan dan boleh menimbul kemarahan.

Teguran juga, katanya, tidak mengaibkan seperti menegur di depan orang ramai dan secara terbuka dan dibuat secara bersemuka atau apa-apa cara yang berniat ikhlas.


No comments