Terkini

Aidil tak perlu tunggu apa- apa surat untuk bayar Mutaah – Rita Rudaini

Aidil Zafuan dalam kenyataan beliau sebelum ini memberitahu akan membayar tuntutan mutaah sebanyak RM 30,000 kepada bekas isterinya Rita Rudaini sekaligus. Namun, beliau kini sedang menunggu surat perintah mahkamah untuk membuat bayaran tersebut.


Rita Rudaini bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan Aidil Zafuan
Rita Rudaini bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan Aidil Zafuan
Susulan itu, Rita menerusi portal mStar berkata Aidil tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk melangsaikan bayaran berkenaan.


Rasanya dia (Aidil) perlu mendapatkan nasihat daripada peguamnya. Jika mengikut prosiding mahkamah, sekiranya dia hadir pada prosiding berkenaan, maka mahkamah tidak perlu mengeluarkan surat bertulis kepadanya.


Jadi, dia tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk menjelaskan bayaran mutaah berkenaan.

Berbicara mengenai luahan Aidil di Instagram yang mempersoalkan Rita berjuang demi maruah ataupun duit, aktres itu berkata apa yang beliau lakukan selama ini hanya kerana anak-anak.

Malah, beliau juga redha jika Aidil tidak mahu membayar tuntutan tersebut.

Dia marah dan persoalkan adakah saya mahukan duit atau maruah. Kenyataan yang keluar di media pun berdasarkan pertanyaan daripada pihak media. Macam inilah, kalau dia nak bagi (bayaran mutaah), saya terima. Kalau tak nak pun tak apa. Itu urusan dia dengan Allah.


Rita Rudaini dan Aidil Zafuan berkahwin secara senyap di Thailand. Selepas menghadapi beberapa kontroversi mengenai perkahwinan mereka, pasangan ini akhirnya berpisah pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.



No comments