Azma Aizal Yusoof didenda RM2K didapati bersalah tampar Ika Nabella

Kes mengenai Ika Nabella yang telah dipukul sehingga bertubi-tubi oleh pengarah Azma Aizal Yusoof cukup mendapat perhatian ramai.


Azma Aizal Yusoof didenda RM2K didapati bersalah tampar Ika Nabella
Dikenali sebagai pengarah yang berkaliber, ada segelintir pihak yang seakan tidak mempercayai Azma boleh melakukan hal sedemikian hanya kerana Ika tidak dapat menjiwai wataknya dalam drama Dawai Asmara dengan baik.

BACA: Pengarah Drama Didakwa Tumbuk Muka Comel Pelakon Ika Nabella?

Selepas beberapa siasatan yang dijalankan, Azma akhirnya didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.

Baca: “Laman sosial tokok tambah cerita, ada sebab saya pukul Ika Nabella” - Azma

Saya akui kesalahan saya menampar Ika atas niat kerana ingin memberikan mutu lakonan terbaik bagi drama bersiri arahan saya. Namun bukan semua orang dapat menerima teknik yang saya gunakan. Jadi saya membuat keputusan menyerah diri kepada polis sehari selepas Ika membuat laporan.

Saya ada menghantar mesej kepada Ika meminta maaf kerana mengasarinya. Dia membalas mesej dan turut memohon maaf terhadap apa yang berlaku. Alhamdulillah perkara yang terjadi mematangkan saya. Insiden ini memberi impak bukan saja kepada saya dan Ika malah kepada seluruh warga produksi.

Walaubagaimanapun setelah apa yang berlaku kepada dirinya sehingga menimbulkan kontroversi, Azma telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada terus menjadi pengarah kepada drama tersebut.

Malah, beliau sendiri telah berjumpa dengan penerbitnya Datuk Rosyam Nor untuk menyatakan hasrat beliau itu.

Selepas didenda oleh mahkamah, saya menyatakan hasrat untuk menarik diri kerana bertanggungjawab dengan kesalahan yang saya lakukan. Saya berjaya menjalankan tugas sebagai pengarah untuk tujuh episod dan selebihnya akan dilaksanakan oleh pengarah baharu yang dipilih oleh pihak produksi.

Segalanya sudah selesai sekarang dan Azma juga sudah menerima hukuman atas apa yang beliau lakukan terhadap Ika Nabella. Harapya kes sebegini harus menjadi pengajaran buat pengarah di luar sana untuk tidak sesuka hati memukul artis meskipun lakonan mereka tidak menepati kehendak anda.


No comments