Cecair VAPE Perisa Ketum dan Syabu Dikesan Tersebar di Batu Pahat

BATU PAHAT – Pihak berkuasa di Johor telah mengesan penjualan perisa ketum dan syabu bagi rokok elektronik vape baru-baru ini.


Cecair VAPE Perisa Ketum dan Syabu Dikesan Tersebar di Batu Pahat
Cecair VAPE Perisa Ketum dan Syabu Dikesan Tersebar di Batu Pahat

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat ketika mendedahkan perkara itu berkata, penyalahgunaan perisa terbabit dibimbangi mewujudkan gejala sosial terutama dalam kalangan remaja pada masa akan datang.


Katanya, beliau telah menerima maklumat mengenai kegiatan terbabit daripada beberapa agensi yang mengesan kewujudan perisa tersebut berbanding perisa asal seperti mangga, coklat, kopi dan oren.

“Maklumat lanjut sedang dikumpul sebelum pihak terlibat membuat serbuan bagi membendung penyalahgunaan vape yang kononnya digunakan untuk mengawal ketagihan perokok terhadap rokok tradisi.


“Kita sudah menerima banyak maklumat mengenai vape berperisa ketum, syabu dan beberapa jenis bahan lain, cuma buat masa ini belum ada tangkapan terhadap peniaga yang menjual perisa terlarang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Jom Kenal Ubat Anda peringkat negeri di sini semalam, lapor Bernama


No comments