Terkini

Dengan bajet RM1,700, Alhamdulillah kami sah menjadi suami isteri!..

Ramai yang bertanya "kenapa nak tunggu setahun baru nak buat majlis sanding? Nanti kalau mengandung, macam mana?"


Dengan bajet RM1,700, Alhamdulillah kami sah menjadi suami isteri!..
Dengan bajet RM1,700, Alhamdulillah kami sah menjadi suami isteri!.. (Gambar Hiasan)
Jawapan dia senang sangat. Majlis sanding itu kemahuan. Kami memilih mendahulukan majlis nikah di mana tidaklah perlu hantaran RM10,000 dan hantaran berdulang-dulang. Cuma cukup dengan rukun nikah dan majlis makan antara dua family dan kawan-kawan rapat yang hadir pada masa itu.


Dengan bajet RM1,700, alhamdulillah kami sah menjadi suami isteri dan majlis kami sangat meriah dan intimate. Kenapa perlu nak risaukan soal mengandung? Ini zaman bila? Ini masanya nak ajar perancangan keluarga. Ramai yang nak kahwin muda tetapi langsung tidak pandai nak menggunakan kelebihan itu.

Bila dah kahwin, just go travel with your husband. Pergi date macam biasa korang buat selalu dan enjoy being married couple yang masih muda. Kalau mengandung pun korang dah sah pun suami isteri. Apa yang hendak dirisaukan? Majlis sanding itu cuma kemahuan.

Allah sudah menjanjikan, kalau nak kaya, kahwin. Bukannya tunggu ada duit berpuluh ribu baru kahwin. Kita sendiri boleh tengok banyak pasangan-pasangan yang langsung tidak ada kaitan keluar makan lewat-lewat malam. Hari-hari keluarga risau pada kita yang belajar jauh dari negeri sendiri.


Kita banyak sangat kes-kes berat buang bayi dan pasangan-pasangan muda ditangkap di hotel-hotel bajet tetapi apa yang orang kita buat hanya mengepung anak-anak dan melarang.

Tidak pernah nak fikir jalan nak ubah semua itu? Apa yang masyarakat buat sekarang? Mewahkan lagi majlis walaupun hanya majlis tunang. Naikkan wang hantaran berpuluh ribu, itu tak termasuk lagi baju kahwin, make up, pelamin lagi. Berapa tahun nak tunggu sampai cukup duit baru nak kahwin?

Fikir baik-baik, ini bukan hanya melibatkan nafsu anak-anak lagi tetapi keluarga sekali. Dahulukan yang wajib, kembalikan niat kenapa nak bernikah. InshaAllah dipermudahkan. - Anonymous


No comments