Empat Taman Tema gempak akan dibuka di Malaysia tak lama lagi

EMPAT Taman Tema gempak akan dibuka di Malaysia tak lama lagi. Tipulah siapa yang kata dia tak suka bersantai kat taman tema. Boleh dikatakan inilah antara aktiviti hilangkan stres yang disukai ramai terutama jika pergi bersama kawan-kawan dan keluarga.


Empat Taman Tema gempak akan dibuka di Malaysia tak lama lagi
Empat Taman Tema gempak akan dibuka di Malaysia tak lama lagi
Setelah penat bekerja, kegembiraan menghabiskan masa di taman tema adalah sangat menakjubkan.


Apa pun, di bawah ini adalah 4 taman tema menarik yang bakal diwujudkan di Malaysia. Tak sabarnya!

1) 20th Century Fox World @ Genting Highlands

20th Century Fox World @ Genting Highlands
20th Century Fox World @ Genting Highlands

Taman tema 20th Century Fox yang pertama di dunia ini bakal beroperasi di Genting Highlands, Malaysia dan ia akan dibuka pada 2016. Sabar jap je lagi, nanti bila dah siap kita serbu Genting Highlands ramai-ramai.. siapa nak ikut?

2) Ubisoft Theme Park @KL

2) Ubisoft Theme Park @KL
Ubisoft Theme Park @KL

Bagi peminat video game Assassin Creed, taman tema ini pasti menarik minat anda. Taman tema yang akan diadakan secara indoor ni khabarnya akan dibuka pada 2020. Kalau jadi.. boleh la anak cucu kita yang minat Assassin serbu tempat ni beramai-ramai nanti.

3) Movie Animation Park Studios (MAPS) @Ipoh

Movie Animation Park Studios (MAPS) @Ipoh
Movie Animation Park Studios (MAPS) @Ipoh

Taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) ini merupakan taman tema pertama seumpamanya dibuka di Asia dan ianya berada di Malaysia atau lebih tepat lagi di negeri Perak. Wowww! Ia akan dibuka pada Disember 2016. Nantikan!

4) Jurassic Park @Melaka

Jurassic Park @Melaka

Malaysia diserang dinasor? Alamak! Alaa dinasour-dinasour yang kat dalam movie Jurassic Park tu.. pernah tengok kan? Bawalah adik-adik atau pun anak-anak ke sini,confirm diorang gembira sampai terbawak dalam mimpi. Ia terletak di Melaka akan dibuka pada 2016. Tak lama dah!


Apabila kesemua taman tema ini dibuka, bermakna makin banyaklah tempat bercuti menarik terdapat di Malaysia untuk dikunjungi bukan? Lebih jimat, lebih menggembirakan dan paling best tak payah berhabis banyak duit pergi luar negara lagi.


No comments