Gempar Fenomena Belalai Air Muncul Berhampiran Jeti Butterworth

BUTTERWORTH: Penduduk di sekitar daerah ini gempar berikutan fenomena belalai air berlaku berhampiran Jeti Butterworth di sini, petang ini.


Fenomena Belalai Air Muncul Berhampiran Jeti Butterworth
Fenomena Belalai Air Muncul Berhampiran Jeti Butterworth
Fenomena itu yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang, dirakamkan orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan sebelum memuat naik di laman sosial.


Seorang, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, ketika kejadian dia berada dalam kereta untuk pulang ke rumah dari tempat kerja.



Katanya, ketika melalui jalan pesisir pantai, dia terkejut apabila melihat awan berkumpul dan ada pusaran angin berlaku sebelum disusuli hujan lebat.


“Saya sangkakan ia puting beliung tapi tiada angin kencang berlaku, sebelum dimaklumkan seorang rakan ia adalah fenomena biasa yang berlaku di laut,” katanya.


SAKSIKAN VIDEO INI:

Posted by Ahmad Ismail on Wednesday, November 4, 2015

No comments