Gila seks!.. Kantoi rakam punggung wanita berpakaian seksi guna beg

MENCIPTA beg ala ‘James Bond’ lengkap dengan kamera sulit bertujuan merakam video curi wanita berpakaian seksi. Itu antara kegiatan tidak senonoh seorang lelaki gila seks yang diberkas selepas dikesan cuba merakam video seorang akauntan wanita yang sedang memakai skirt.


Suspek ditangkap sejurus selepas teman lelaki mangsa melaporkan kepada pengawal keselamatan
Suspek ditangkap sejurus selepas teman lelaki mangsa melaporkan kepada pengawal keselamatan
Sumber polis berkata, lelaki berusia 30 tahun itu menyembunyikan kamera berkenaan di dalam beg sebelum berpura-pura memegangnya.


Baca: Lelaki tak bermoral kantoi, ketika leka rakam video bawah skirt wanita

“Kegiatan lelaki itu disedari mangsa yang sedang menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah di Kelana Jaya, di sini, bersama teman lelakinya jam 5 petang kelmarin.


Ini satu lagi kes: Rakam video bawah skirt wanita, rakyat Malaysia dipenjara di Singapura

“Mangsa mengesyaki sesuatu tidak kena selepas menyedari suspek sengaja menyentuh punggungnya dengan beg dibawa,” katanya. - myMetro


No comments