Guru Besar Hilang: Jashiah Masih Belum Ditemui Selepas Hari Ke-13

KUALA KUBU BHARU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jashiah Rabu yang masuk hari ke-13 hari ini, dibahagikan kepada tujuh sektor dalam usaha menjejaki wanita malang itu.


Guru Besar Hilang: Jashiah Masih Belum Ditemui Selepas Kari Ke-13
Guru Besar Hilang: Jashiah Masih Belum Ditemui Selepas Kari Ke-13
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan R Supramaniam berkata antara kawasan pencarian termasuk lokasi terakhir wanita berusia 53 tahun itu, dilihat oleh seorang saksi iaitu di sebuah kebun getah.

Baca: Guru Besar Hilang Di Hutan Berhampiran Perkampungan Orang Asli


“Fokus utama operasi SAR hari ini tertumpu kepada kebun getah di pinggir Bukit Kutu membabitkan radius pencarian 1 kilometer yang disertai oleh 15 anggota.

“Setakat ini, tiada petunjuk positif yang ditemui oleh anggota manakala operasi SAR yang bermula 9 pagi itu ditamatkan pada 7 petang tadi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Operasi SAR hari ini membabitkan 65 anggota daripada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Gerakan Am serta penduduk kampung.

Hari Ke 9: Veteran Komando Bantu Operasi Mencari Guru Besar Hilang

Dalam perkembangan lain, Supramaniam berkata majlis bacaan Yasin serta solat hajat untuk Jashiah diadakan semalam, di sebuah masjid di sini yang dihadiri kira-kira 450 orang.

Jashiah yang juga guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1, kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada petang 23 Oktober lalu.


Kehilangan wanita itu disedari suaminya, Ruzilan Omar, 57, pulang didapati rumah mereka terbuka.

Kes Guru Besar Hilang: Suami Jashiah Yakin Isteri Masih Selamat

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer.


No comments