IS dedah video saat akhir pesawat A321 Rusia, mengaku tembak jatuh

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) semalam telah memuatnaik video saat-saat akhir pesawat penumpang A321 milik Rusia yang terhempas di pergunungan di Hassana, Semenanjung Sinai, Mesir.


IS dedah video saat akhir pesawat A321 Rusia, mengaku tembak jatuh
IS dedah video saat akhir pesawat A321 Rusia, mengaku tembak jatuh
Nahas berkenaan dilaporkan telah mengorbankan semua 224 penumpang dan anak kapal di mana IS mengaku bertanggungjawab menembak pesawat berkenaan.


Memetik agensi berita Mail Online, video yang disiarkan berkenaan menunjukkan pesawat MetroJet penerbangan 9268 milik syarikat Kogalymavia itu sedang terbang sebelum meletup, namun tidak mendedahkan bagaimana nahas berlaku.

Baca: Pesawat Airbus A321 #7K9268 Rusia bawa 217 penumpang, 7 anak kapal Terhempas


Letupan menyebabkan pesawat hilang kawalan di udara serta mengeluarkan kepulan asap hitam sebelum terhempas 20 kilometer dari lokasi letupan di mana mayat manusia berselerakan sejauh 8 kilometer dari lokasi nahas.


Pendedahan video itu menimbulkan persoalan sama ada pesawat malang tersebut ditembak jatuh militan IS.

video

Sumber Video: Mail Online.


No comments