Terkini

“Jangan ada tangan-tangan ghaib dan lawak dalam isu vape” - Armand

Kementerian Kesihatan (KKM) cuba mengelirukan komuniti vape dengan terus mencari kesalahan aktiviti itu tanpa kajian atau merujuk cadangan Kabinet untuk mengawal selia industri berkenaan.


“KKM jangan buat lawak dalam isu vape,” - Armand
“KKM jangan buat lawak dalam isu vape,” - Armand
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Armand Azha Abu Hanifah berkata, Kementerian Kesihatan seharusnya mengeluarkan garis panduan dalam penyediaan cecair perisa vape ini sejak awal sebelum mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai isu vape akhir-akhir ini.

“Bagi saya mereka lebih mencari kesalahan secara terus tanpa membuat kajian serta cadangan Kabinet. Mereka juga menyatakan akan menyerbu premis dan merampas perisa-perisa yang mempunyai kandungan nikotin.


“Persoalannya, sudahkah pihak Kementerian Kesihatan mengeluarkan garis panduan dalam penyediaan cecair perisa vape ini sejak awal? Jawapannya sudah pasti tiada.

“Sepatutnya pihak kementerian di bawah Datuk Seri Dr S.Subramaniam melakukan ujian dan kajian terhadap perisa ini serta memetapkan garis panduan sebelum membuat tindakan kelakar merampas serta mengenakan denda bagi penjual cecair vape ini, KKM jangan buat lawak dalam isu vape,” katanya

Terdahulu, KKM dalam satu kenyataan memberitahu membenarkan penggunaannya nikotin untuk menghasilkan cecair vape akan mendedahkan manusia kepada bahaya.

Kenyataan itu turut mendakwa tindakan Pemuda UMNO yang mencipta persepsi bahawa syarikat gergasi rokok menjadi ‘tangan-tangan ghaib’ dalam menentukan dasar dan tindakan sebuah kementerian yang terdiri daripada doktor-doktor profesional seperti KKM dalam isu ini adalah tidak patut dan lebih hampir kepada fitnah.

“Tolong hentikan perbuatan ini melainkan anda boleh mendatangkan bukti. Apakah selepas ini Pemuda UMNO akan menuduh pula Majlis Fatwa dan mufti-mufti tunduk kepada syarikat gergasi rokok selepas ini dengan mengambil kira ramai para mufti yang sudah menyuarakan pandangan untuk mengharamkan e-rokok (vape)?” soal kenyataan itu ketika dipetik.

Sementara itu, Armand memberitahu, tindakan Kementerian Kesihatan juga seperti memberi dua darjat berbeza kepada rokok dan vape sendiri.


“Jadi kenapa bila kena pada rokok KKM kata sudah beratus tahun susah nak kawal. Kenapa perlu ada double standard dalam isu kesihatan?

“Adakah KKM mengatakan sebab rokok sudah lama jadi ia sudah menjadi budaya? Ini berdasarkan kajian kesihatan atau kenyataan peribadi?” soalnya.

Sebelum ini, Armand dilaporkan mendakwa Subramaniam seolah-olah mempunyai agenda tersendiri apabila mahu merampas cecair vape yang mempunyai kandungan nikotin melebihi had di dalam setiap botol.

Tegasnya, Subramaniam juga seperti menerima tekanan daripada syarikat rokok dan tembakau yang mahu kerajaan terus mengharamkan penggunaan vape di negara ini, lapor Astro Awani.


No comments