Terkini

KANTOI.. Mamat Rakam Wanita Mandi Ditahan Reman Empat Hari

Padah kerana cuba merakam gambar wanita mandi menggunakan telefon bimbit, seorang lelaki direman empat hari selepas polis memperolehi telefon bimbit yang digunakan oleh suspek.


KANTOI!.. Mamat Rakam Wanita Mandi Ditahan Reman Empat Hari
Dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Jalan Tropicana pada Ahad lalu, suspek cuba merakam gambar seorang wanita sedang mandi melalui tingkap bilik air kira-kira jam 12 malam.

Walau bagaimanapun kegiatan suspek disedari oleh mangsa yang kemudian bertindak merampas telefon bimbit berkenaan.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas mangsa menjerit apabila suspek menjulurkan tangan untuk mengambil semula telefon bimbit yang diletakkan di tepi tingkap.

BACA: KANTOI RAKAM BAWAH SKIRT WANITA

"Telefon bimbit jenis iPhone 5 telah diperiksa dan didapati di dalamnya terdapat rakaman video mangsa sedang mandi berdurasi lebih kurang tiga minit," katanya.

Menurutnya, bimbang perkara tidak diingini berlaku, mangsa memaklumkan insiden berkenaan kepada pihak pengurusan sebelum membuat laporan polis.


“Bertindak atas maklumat, pada keesokan harinya, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Petaling Jaya telah menahan suspek berusia 40 tahun di rumahnya di Seksyen 12, Petaling Jaya.

“Suspek memberi alasan datang ke kondominium itu untuk melawat rakannya dan mendakwa telefon bimbitnya hilang di kawasan itu,” katanya.Mohd Zani berkata, telefon bimbit berkenaan dihantar ke bahagian forensik untuk dianalisis untuk tindakan lanjut.-SH (Gambar Hiasan)


No comments