Top Ad unit 728 × 90

recent

Kemalangan: Bas Rombongan Lawatan Pelajar Rempuh Treler di LPT2

Kemaman – Tiga pelajar dan seorang pemandu bas parah selepas bas yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler dalam kemalangan di kilometer 292.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini awal pagi Ahad.


Bas Rombongan Lawatan Pelajar Rempuh Treler di LPT2
Bas Rombongan Lawatan Pelajar Rempuh Treler di LPT2
Dalam insiden kira-kira pukul 2.15 pagi itu, bas persiaran dua tingkat yang membawa 54 pelajar dan tujuh guru pengiring dari Sekolah Menengah Islam Hira’ Jeram, Kuala Selangor sedang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.


Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata bas tersebut telah melanggar belakang sebuah treler yang membawa muatan kayu dan papan.

“Siasatan awal mendapati rombongan bas sekolah berkenaan ingin berkunjung ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Kuala Terengganu untuk mengadakan lawatan sambil belajar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.


Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala penumpang lain hanya cedera ringan termasuk pemandu lori dan mendapat rawatan pesakit luar, lapor Bernama.


Kemalangan: Bas Rombongan Lawatan Pelajar Rempuh Treler di LPT2 Reviewed by Adam Hakimie on November 15, 2015 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.