Top Ad unit 728 × 90

recent

Kementerian Pendidikan siasat video pelajar melamar, berpeluk & bercium

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan akan menyiasat rakaman video memaparkan seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah ‘melamar’ seorang pelajar perempuan sambil berpelukan dan berciuman di kawasan sekolah yang menjadi viral dalam laman sosial.


Rakaman pelajar berpelukan, bercium dan melamar yang menjadi viral semalam
Rakaman pelajar berpelukan, bercium dan melamar yang menjadi viral semalam
Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di negara ini, namun lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan.

Baca: Video: Aksi pasangan pelajar sekolah bercium di khalayak ramai dikutuk



“Secara peribadi saya sendiri masih belum melihat video tersebut tetapi ada mendengar mengenainya. Biar saya lihat dahulu video itu barulah kita dapat tahu apa tindakan seterusnya yang dapat diambil,” katanya selepas mengadakan lawatan dan bertemu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Pasir Gudang 3, Pasir Gudang, sebentar tadi.


Video berdurasi 15 saat yang menjadi viral dalam laman sosial itu memaparkan seorang pelajar lelaki memegang sekotak hadiah ‘melamar’ seorang pelajar perempuan sambil disaksikan sekumpulan pelajar lain yang menjerit meminta pelajar perempuan itu mencium pelajar lelaki berkenaan, lapor Utusan Online.


Kementerian Pendidikan siasat video pelajar melamar, berpeluk & bercium Reviewed by Adam Hakimie on November 03, 2015 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.