Kes bunuh: Polis tak tolak kemungkinan pemilik bengkel, anak terlibat

Tapah – Polis percaya hanya pemilik bengkel dan anak lelakinya terlibat dalam pembunuhan empat individu di sebuah bengkel membaiki kenderaan berat di Jalan Pahang di sini.


Kes bunuh: Polis tak tolak kemungkinan pemilik bengkel, anak terlibat
Kes bunuh: Polis tak tolak kemungkinan pemilik bengkel, anak terlibat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Goh Kok Liang berkata hasil siasatan setakat ini mendapati tiada maklumat yang boleh mengaitkan penglibatan pihak luar dalam kes tersebut.

“Setakat ini kami percaya hanya empat mangsa yang terlibat dan jika ada keterangan membabitkan mangsa lain dalam kes ini, kami akan jalankan siasatan segera.


Bagaimanapun, polis tidak menolak kemungkinan isteri dan seorang lagi anak lelakinya juga terlibat dalam pembunuhan kejam itu.

“Kami tidak menahan anak perempuan lelaki itu kerana tiada keterangan yang mengaitkannya dengan pembunuhan tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Baca: 4 Beranak Membunuh: Suspek Mungkin Bunuh Lebih Dari 4 Mangsa

Kok Liang berkata siasatan berhubung perkara itu giat dilakukan sebelum kes itu dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Perak untuk nasihat dan arahan lanjut sebaik sahaja siasatan mengenainya lengkap dijalankan.

Polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka dipercayai terbabit dalam kes bunuh sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, dekat sini, 26 Okt lepas.

Baca: Cebisan Mayat Mangsa Pembunuhan Mungkin Jadi Santapan 30 Anjing


Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah pada 1.30 tengah hari, susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.


Tinjauan wartawan di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah di sini, mendapati polis tiba pada 5.30 petang bersama tiga kenderaan polis dan sebuah pacuan empat roda Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kelihatan polis membawa anak perempuan suspek untuk meninjau sekitar bangsal serta sungai berhampiran, dipercayai lokasi penemuan abu dan serpihan tulang di kawasan berkenaan sekitar 5.50 petang tadi.


Kehadiran polis dan wartawan di lokasi kejadian sejak 1 tengah hari, menarik perhatian orang ramai untuk datang ke kawasan itu. Siasatan polis ditamatkan sekitar 7.30 malam, lapor Bernama.

No comments