Lelaki Cedera Parah Di dada, Leher dan Belakang Dikelar Penyamun

Kuala Lumpur: Seorang lelaki bukan hanya disamun malah turut dikelar penjenayah menggunakan pisau hingga parah.Dalam kejadian jam 8 malam kelmarin, mangsa berusia 30 tahun diserang penjenayah berhampiran Jalan Bangsar, di sini.


Lelaki Cedera Parah Di dada, Leher dan Belakang Dikelar Penyamun
Sumber berkata, mangsa dikatakan berjalan bersendirian sebelum dihampiri suspek yang menunggang motosikal.


Menurutnya, suspek pura-pura bertanya jalan daripada mangsa sebelum mengacukan pisau.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan wang dan barangan berharga dibawa ketika itu.

“Mangsa cuba melarikan diri sebelum dikejar suspek yang turut mengelar badannya beberapa kali,” katanya.

Dia berkata, mangsa lari menyelamatkan diri sejauh hampir 100 meter sebelum rebah tidak sedarkan diri.

“Suspek dipercayai sempat melarikan barang berharga milik mangsa. Orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Lumpur.


“Mangsa yang cedera di dada, leher, tangan dan belakang badan akibat dikelar diberi bantuan kecemasan oleh anggota perubatan JPAM,” katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan, lapor MyMetro.


No comments