“Mereka tanya soalan, saya kata saya tak akan jawab” - Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diambil keterangannya oleh pasukan penyiasat Bukit Aman, kira-kira jam 11 pagi semalam.


Tun Mahathir
“Mereka tanya soalan dan saya kata saya tak akan jawab” - Tun Mahathir
Dr Mahathir bagaimana pun berkata kepada pemberita di luar bangunan Yayasan Al-Bukhary yang dia tidak menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan oleh pegawai itu.


"Mereka tanya soalan dan saya kata saya tak akan jawab. Saya tak jawab," katanya memetik laporan Sinar Online.

Dr M juga berkata dia menyerahkan kepada pihak polis sama ada mahu menahan beliau atau sebaliknya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memberitahu bahawa Dr Mahathir sedang disiasat berikutan gesaan terhadap Perdana Menteri supaya meletak jawatan.


Ketua pasukan peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata tiga orang pegawai dari Bukit Aman itu mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk merakam keterangan Dr Mahathir.

Haniff berkata Dr Mahathir dinasihatkan supaya tidak menjawab beberapa soalan namun Haniff tidak mendedahkan sebarang soalan secara spesifik

"Kadang-kadang kami peguam pun pelik, kenapa polis ambil keterangan. Jika ada bukti, tangkap sajalah dan dakwa di mahkamah," katanya.


No comments