Top Ad unit 728 × 90

recent

Myvi dipandu wanita terbalik dirempuh, Apalah nasib pemandunya ?!..

Bangi: Sebuah kereta Perodua Myvi dipandu oleh seorang wanita dirempuh menyebabkannya terbalik dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 295.5, Lebuhraya Utara-Selatan menghala selatan, jam 7.25 pagi semalam.


Myvi dipandu wanita terbalik dirempuh, Apalah nasib pemandunya ?!..
Myvi dipandu wanita terbalik dirempuh, Apalah nasib pemandunya ?!..
Kejadian berlaku apabila sebuah Proton Gen2 dipandu lelaki berusia 34 tahun hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kanan lebuh raya berkenaan.


Akibatnya, empat kenderaan iaitu Perodua Myvi, Proton Preve, Proton Persona dan Perodua Viva yang berada di belakang gagal mengelak sebelum bertembung.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang Deputi Superintendan Azmi Wahid berkata, Proton Gen2 terbabit hilang kawalan sebelum berpusing.

“Perodua Myvi dipandu wanita berkenaan yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri Proton Gen2.

“Kedua-dua kereta berkenaan dirempuh dari belakang oleh Proton Preve,” katanya.

Menurut Azmi, rempuhan kuat itu menyebabkan Perodua Myvi berkenaan terbalik.

Pada masa sama, Azmi berkata, Proton Preve berkenaan turut dirempuh Proton Persona.


“Perodua Myvi yang terbalik di lorong tengah kemudian sekali lagi dirempuh pada bahagian kanan oleh Perodua Viva.

“Kemalangan menyebabkan dua lorong terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja pengalihan dan pembersihan dilakukan. Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan bagaimanapun selamat,” katanya.


Myvi dipandu wanita terbalik dirempuh, Apalah nasib pemandunya ?!.. Reviewed by Adam Hakimie on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.