Nad Zainal Akan Umum Sendiri Sekiranya Perkara Sudah Disahkan !..

PADA Ahad lalu, sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok melaporkan Nad Zainal bakal mendirikan rumah tangga pada 18 Disember depan.


Nad Zainal, Faliq-Amirudin
“Saya akan mengumumkan kepada semua sekiranya ia sudah disahkan” kata Nad Zainal
Menurut laporan berkenaan, pelakon itu sudah pun menempah dewan di Bukit Jelutong, Shah Alam.


Mengulas dakwaan tersebut, Nad berkata dia akan akan mengumumkan sendiri tarikh perkahwinannya selepas kata sepakat mengenai perkara itu dicapai bersama kekasih.

“Saya akan mengumumkan kepada semua sekiranya ia sudah disahkan. Perancangan itu ada, cuma saya suka perkara baik seperti ini diberitahu sendiri, bukan daripada pihak lain.


Apa-apapun, saya tidak mahu komen lebih lanjut,” katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Nad menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki dikenali sebagai Faliq Amirudin yang juga merupakan rakan kuliahnya ketika ketika sama-sama menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) beberapa tahun lalu.


No comments