Ngeri!.. Malang Tak Berbau... Kaki Remaja Hancur Tersepit Pintu Lif

Kajang: Seorang remaja warga Yemen cedera parah di kaki dan pengsan setelah tersepit di pintu lif sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, Sungai Chua, Kajang pada Jumaat.


Kaki Remaja Hancur Tersepit Pintu Lif
Kaki Remaja Hancur Tersepit Pintu Lif
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata dalam kejadian kira-kira 8.15 malam, remaja perempuan yang berumur 12 tahun itu tersepit di pintu lif di tingkat 14 pangsapuri berkenaan ketika dalam perjalanan ke kediaman keluarganya.


“Kejadian itu menyebabkan kedua-dua belah kakinya hancur. Bomba yang tiba selepas dimaklumkan, berjaya menarik dan merenggangkan pintu lif untukmenyelamatkan remaja tersebut.


Mangsa yang pengsan kemudian diserahkan kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi. – Bernama


No comments