Ngeri, Penunggang motorsikal maut digilis pelbagai kenderaan (10 Foto)

Sungai Buluh - Kemalangan di Laluan Bayangan Maut ini berlaku arah Selatan sebelum susur ke Hospital Sg Buloh. Berlaku di Km451.8 Lebuh Raya Utara Selatan Rawang arah Sg Buloh pada 31 Oktober 2015 jam 6.30 pagi


Ngeri, Penunggung motorsikal maut digilis pelbagai kenderaan
Sebaik menerima maklumat kes ini jam 6.50 pagi, perkara pertama dalam fikiran, laluan manakah yang harus saya lalui, supaya saya dapat tiba di lokasi tepat pada waktunya.


Akhirnya saya mengambil keputusan menggunakan laluan Lebuhraya Latar dan keluar di susur Rawang Selatan arah Selatan.

Nasib baik laluan hanya sesak kira-kira 1 kilometer sahaja dan hari ini hari Sabtu.

Sebaik sampai di lokasi jam 7.30 pagi, landrover dari Trafik IPD Sg Buloh juga baru sampai.

Kemalangan ini sangat mengerikan dengan keadaan motosikal Yamaha Lagenda yang hampir hancur keseluruhannya, enjin dan pelbagai komponen bertaburan atas jalan.

Keadaan mayat juga sangat menyayat hati – mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.

Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku kerana tiada saksi yang muncul untuk memberikan keterangan.




Bagaimanapun, mangsa, Mohamad Arwan Sulaiman, 32, dipercayai tercampak berkemungkinan setelah berlaku kemalangan dengan sebuah kenderaan lain.

Beberapa kenderaan dipercayai kenderaan berat, kemudian menggilis kepala mangsa dan juga motosikalnya.

Dan ketika itu juga, ketika laluan masih gelap, sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita, juga tidak menyedari motosikal mangsa yang berada di atas jalan, lalu turut merempuhnya.





Wanita berusia 39 tahun itu dalam perjalanan dari Bukit Beruntung menuju ke USJ Subang Jaya untuk menghantar 3 anaknya ke sekolah sebelum ke Shah Alam.

Rempuhan pada beberapa komponen motosikal yang bertaburan itu juga menyebabkan bahagian enjin kereta mengalami kerosakan/kebocoran.


Dan mujur kereta dipandu bawah 100km/j dan membolehkan kenderaan dikawal dari terbabas dan sempat mengelak dari turut menggilis mayat mangsa.





Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.

Al Fatihah… Kredit: ondscene.my

No comments