NIJA, Perakam Video Kes Belasah Gadis Kelantan Akhirnya Direman

Kota Bahru – Seorang suspek dikenali sebagai Nija yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam rakaman video viral pukul seorang wanita, Oktober lalu, ditahan reman empat hari di mahkamah majistret, di sini, hari ini.


NIJA, Perakam Video Kes Belasah Gadis Kelantan Akhirnya Direman
NIJA, Perakam Video Kes Belasah Gadis Kelantan Akhirnya Direman
Perintah reman terhadap suspek berusia 21 tahun terbabit dibuat di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari.

Suspek ditahan sepasukan polis Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu di sebuah restoran di Panji, di sini, pada jam 10.30 malam tadi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan reman suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan reman terhadapnya berkuat kuasa hari ini hingga Khamis,” katanya.

Sebelum ini, rakaman video seorang wanita 22 tahun yang dibelasah tiga wanita menjadi viral di laman sosial yang dikatakan berpunca daripada perebutan teman lelaki serta tunang suspek yang terlibat selain dakwaan membabitkan kecurian barang kemas.

VIDEO: Seorang gadis dibelasah teruk dua perempuan di Bachok

Pada 29 Oktober lalu, suspek utama, seorang jurujual kosmetik atas talian, Nurul Atikah Hanafi, 27, atau Ika mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret, di sini, atas dua pertuduhan mencederakan dan mencabul kehormatan mangsa dalam kejadian itu.

VIDEO PART 3: MANGSA BELASAH TERUK DIAIBKAN

Tertuduh kemudian dibebaskan selepas menjelaskan jaminan RM7,000.


Dalam sidang media Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim pada 1 November lalu, Nija dan Mokbiey diburu bagi membantu siasatan kes sama, lapor Sinar Harian.

Belasah Gadis Kelantan


No comments