Pelajar kolej swasta mengaku tak bersalah skodeng jiran sambil onani

Ampang Jaya – Seorang pelajar kolej swasta yang dikaitkan dengan satu video viral yang menunjukkan seorang lelaki mengintai jirannya sambil melakukan onani minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini.


Skodeng jiran belakang rumah sambil onani
Skodeng jiran belakang rumah sambil onani
Tertuduh, Ahmad Zikrizaid Abdullah, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang suri rumah berusia 47 tahun.


Baca: Video: Pelajar perempuan tergaman terserempak aksi lucah di belakang rumah

Tertuduh didakwa menunjukkan kemaluan dalam keadaan bogel terhadap mangsa di belakang dapur sebuah rumah di Jalan Pandan Indah, dekat sini pada 12.20 tengah malam 7 November lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Majistret Zulyana Zollkapli membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan semula kes.


No comments