Terkini

Pelakon Zarina Anjoulie didenda RM5,000 atas kesalahan positif dadah

Pelakon Zarina Anjoulie didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku salah terhadap pertuduhan positif dadah jenis methamphetamine, tiga tahun lalu.


Pelakon Zarina Anjoulie didenda RM5,000 atas kesalahan positif dadah
Pelakon Zarina Anjoulie didenda RM5,000 atas kesalahan positif dadah
Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintahkan Zarina, 29, menjalani pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.


Tertuduh turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Zarina didakwa positif dadah jenis methamphetamine berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dan terdapat kandungan dadah dalam air kencing.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik Damansara, di sini, pada jam 8.10 malam, 30 Disember 2012 dan didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000, jika sabit kesalahan.


No comments