Terkini


Pemandu Ditemui Rentung, Kereta Hangus Terbakar di Prai

Prai – Lelaki rentung selepas kereta dipandunya musnah dalam kebakaran di Kawasan Perindustrian Bebas di sini, tengah malam tadi.


Pemandu Ditemui Rentung, Kereta Hangus Terbakar di Prai
Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 41 tahun ditemui rentung di dalam kereta jenis Proton Waja yang keseluruhannya musnah dalam kebakaran itu.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Asri Abd Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.42 malam sebelum tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kereta terbakar dan dipercayai bukan akibat kemalangan.


Katanya, pihaknya menemui seorang mangsa lelaki berada di dalam kereta dan sudah meninggal dunia dalam keadaan rentung.

“Api dipadamkan pada 1 pagi sebelum mayat mangsa diserahkan kepada polis,” katanya. – myMetro Online


No comments