Pengantin Perempuan Nyaris Maut, Cubaan Berseloroh Tak Menjadi

Tengzhou: Hari perkahwinan sepasang pengantin berakhir dengan tragedi apabila pengantin perempuan nyaris maut setelah cedera parah akibat cubaan untuk berseloroh.


Pengantin Perempuan Nyaris Maut, Cubaan Berseloroh Tak Menjadi
Pengantin Perempuan Nyaris Maut, Cubaan Berseloroh Tak Menjadi
Pengantin wanita itu keluar dari kereta setibanya di tempat majlis berlangsung apabila pengiring pengantin lelaki memautnya dan melambungnya untuk meraikan majlis berkenaan.


Perbuatan berseloroh seumpama itu di majlis perkahwinan adalah sebahagian tradisi masyarakat Cina.

Bagaimanapun, dalam kejadian berkenaan, pengantin perempuan itu terjatuh dengan kepalanya terhentak ke tanah apabila pengiring terbabit gagal menangkapnya dengan betul selepas melambungnya.

Majlis itu kemudian dihentikan dan wanita itu dikejarkan ke hospital.


Dia dimasukkan ke jabatan kecemasan, tetapi dilapor semakin pulih.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan kejadian yang berlaku di Tengzhou, bandar di wilayah Shandong, timur China itu berkata, wanita berkenaan tidak gembira dengan apa yang berlaku kerana dia terlepas peluang meraikan hari perkahwinannya. – Agensi


No comments