Terkini

Pramugari Saudi Arabian Airlines dari Malaysia ini viral di laman sosial

NAMA wanita cantik Radiah Binti Sarip kini popular setelah gambar dirinya beruniform sebagai pramugari berhijab viral di laman sosial Facebook baru-baru ini.


Radiah Binti Sarip
Pramugari Saudi Arabian Airlines dari Malaysia ini viral di laman sosial
Gadis berusia 24 tahun seorang model dan juga Blogger yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan kebangsaan Saudi Arabian Airlines itu mula terkenal kerana kecantikan rupa paras semula jadinya menjadi perbualan ramai netizen di seluruh dunia.

Radiah Binti Sarip
Radiah Binti Sarip
Radiah pernah muncul dalam akhbar Utusan Malaysia pada Mei 2015, dan merupakan gadis yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaysia Pahang


Walaupun mempunyai latar pendidikan yang bagus, gadis ini memilih untuk memulakan kerjaya sebagai seorang model muslimah. Tidak begitu mendapat sokongan yang baik daripada keluarga, yang memungkinkan gadis ini mengambil peluang untuk menjadi seorang pramugari di Saudi Arabian Airlines.


Wajah gadis yang lahir pada 22 Mei 1991 ini masih lagi menjadi antara ‘penghias’ beberapa page berkaitan busana muslimah serta tudung. Radiah kini menetap di Jeddah, dan sering berkongsi tutorial pemakaian tudung dan hijab di laman Instagram, walaupun kini blognya sudah tidak dikemaskini agak lama.




“A full time model and part time lifestyle blogger sharing my personal style, beauty tips , food pornography and travel adventures. An educated consumer and make up – junkie at heart. i love to share all my favorite products and technique as well as hijab tutorial to inspire all girls out there! I never thought that something started out as a hobby would become the business that it is today. You will always get exclusive content, always interesting and hopefully inspiring. thanks for reading!” – Blog Radiah Sarip

No comments